ada apa pada pak uda

dok ujung katil dok pikiaq

Wednesday, 25 July 2012

Dari RXZ ke Vulcan 800 Classic



Salam....

Dah dua hari moto tido kedai, dua hari lah juga pak uda tak makan nasi.................. bukan tak lalu makan sebab rindu kat moto, kebetulan bulan puasa. Tapi pak uda sebenarnye memang risau tentang kesihatan moto tu (tak tau la, bila malam Ah Hock pasang ubat nyamuk ke tak kat moto pak uda, macam yang pak uda pesan), mana tak risau, kalau moto tak sihat akibatnya amatlah buruk. Kalau kesihatan moto kurang baik, alamatnya pak uda juga bakal mengalami kemurungan ketika membuat bayaran kepada Ah Hock atau kepada pomen pomen yang seiras dengan Ah Hock. Inipun asalnye nak tukar tayar ngan brake pad je, tayar plak tak ada stok, dahla harga naik mencanak canak. Kalau camni baik pakai harley, dah tentu tayarnye lagi mahal...betulke?

Tapi fikir fikir balik, cukuplah dengan apa yang ada, Kawasaki Vulcan 800 Classic tahun 1997, kalau ikut tahun memang dah lima belas tahun, itu belum ikut abad...abad ke 20 tu sedangkan sekarang abad ke 21..dah satu abad tu...Tapi pak uda tak kisah sangat, moto pak uda tu lagi lama lagi menarik , kan namenye pun classic.

 Kembali pada tajuk, dulu.....moto pertama pak uda, Yamaha RXZ135.. colour biru keperpelan, nombor plate KAE, tak ada langsung terlintas nak tukar jadi 800cc. Masa tu pak uda dok rumah bujang kat Jalan Baru Perai.. ngan Zahid, Madi, Zaini (geng Perlis) dan Kamal ( Selama Kedah). Tapi seiring peningkatan suhu global... pak uda juga sedar tak sedar turut berubah, walaupun tidak menjadi semakin panas atau semakin mencair ... pak uda jual RXZ, beli Yamaha TZM150 . Kendian sesuatu yang pak uda tak plan (dan sesuatu yang pak uda tak berapa suka), namun atas desakan kengkawan, pak uda jual TZM, beli Proton Iswara 1.5 (yang banyak dok bagi pressure ni Roslan Harun la....).

 Namun, lepas kawin lagi banyak perkara yang tak disangka berlaku, telah berlaku dan sedang terus berlaku. Tukar keta, tak adela jadi bumblebee.... jadi Proton Waja (mak uda yang beli waja tu, pak uda beli kelisa kat mak uda). Pastu macam sukar nak bergerak tanpa moto, beli Yamaha125Z (inilah satu satunya moto brand new pak uda), tapi... kita hanya merancang.. tuhan yang menentukan ..... moto tu hilang dalam usianya yang baru menjangkau tiga minggu...installment tetap kena bayar dan pada masa yang sama syarikat insurans wat keje cam siput... akhirnya betul kata Dr. Issham..., “di Malaysia, syarikat syarikat insurans tak pernah rugi “.

 Untuk menggantikan moto yang hilang, pak uda plan nak beli Kawasaki Eliminator 250, di sinilah  Cikgu Azrie memberi pendapatan...“toksah la eliminator... ambikla virago 535..“. Pak uda tanya, “tak besar ka.. badan aku dahla kecik je“. Pak uda tak berapa ingat apa yang terjadi seterusnya selepas perbualan itu......menurut apa yang diceritakan oleh Azrie..kami tiba tiba dah sampai ke rumah seseorang di Mak Mandin sedang melihat dan menilai sebuah Yamaha Virago 535. Keesokannya, dengan harga RM8,500.00, virago tersebut telah menjadi milik pak uda (according to wikipedia, Virago is a term used to describe a woman who demonstrates exemplary and heroic qualities). Kalau pak uda tak silap, antara sebab utama pak uda beli moto tu sebab tuan asalnye kata moto dengan cc atas 500 hujan pun tak basah..janji tak keluar...

 Virago pak uda warna biru, condition ok, satu je...bateri tak recharge or something yang lebihkurang macam tu, tapi bila Azrie tolong hulur sikit pendapat, pengalaman dan kepakarannya, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan. Pak uda suka sangat motor ni sebab tak kena tukar sprocket ngan rantai. Lagi satu, moto ni kami pakat guna ramai ramai...contohnya pak uda naik pergi balik keja, Azrie ambil bab repair dan Cikgu Jamal  pula ambil bahagian sembur cat. Alhamdulillah.... moto tu Cikgu Jamal tolong sembur kaler kesukaannya sepertimana tertera dalam gambar di bawah.

  




Dalam masa pakai moto ni..Bro Taba (walaupun beliau seorang ustaz) telah meracuni fikiran dan pandangan pak uda sehinggalah Virago 535 pak uda (la ni dok ada kat Adzli) telah bertukar wajah menjadi Kawasaki Vulcan 800 Classic seperti pula di bawah (vulcan :according to wikipedia; In ancient Roman religion and myth, Vulcan (Latin: Vulcanus) is the god of both beneficial and hindering fire, including the fire of volcanoes. Vulcan is often depicted with a blacksmith's hammer).






sorry.. silap upload gambo.. yang betoi seperti berikut ini




Yang hairannye, kata -kata dalam cite godzilla size does matter tidak lagi menjadi salah satu pengukur ketika pak uda beli moto ni, walaupun ramai juga kawan kawan dok kata  pak uda nampak cam budak darjah enam bila naik moto ni, pak uda perasan jugak, geng moto sorang pun tak kata camtu..lebih lebih lagi Bro Taba yang dok bagi moral support supaya pak uda beli haritu.

Bagaimanapun, selepas langgar lembu (pak uda ada berjumpa tuan lembu tu untuk meminta gantirugi sebab pak uda langgar atas jalan, bukan pak uda pi langgar kat dalam kandang, tapi berlaku kekeliruan dalam mengenalpasti antara tuan dan lembunye, terutama dari cara beliau berfikir....nampak serupa sehinggalah pak uda hanya berjaya mendapat kekecewaan). Betullah kata Albert Eintein, "The difference between genius and stupidity is; genius has its limits".
Bagaimanapun, Jamal sekali lagi menyemburkan kepakarannya untuk menghasilkan kaler metallic black. Pastu pak uda pula tercabar untuk menunjukkan kehandalan bermain cat tin untuk memflat black kan moto kesayangan pak uda ini. Bagus moto pak uda ni,dengannya, tiap hari sampai kat tempat keja awal... kalau keluar rumah awal la.Begitulah serba sedikit cerita pak uda tentang moto pak uda.

Banyak lagi  yang tak terluah di sini. Mungkin di lain kesempatan pak uda cerita.... cerita ayam ke... cerita ikan berlaga ke ...cerita kumbang terbang ke pulak..ini pun dah cukup panjang rasenye bagi seorang yang hanya ingin berkongsi cerita tentang moto dan yang sewaktu dengannya..... wassalam...