Assalamualaikum
Harap semuanye waras - waras belake.
Rasa macam tak percaye dapat tulis lagi..bukannye
ape...hilang dan lupa kata laluan.
Pak uda dah tukar tempat keje, keje lama, tempat je
baru..Lepas dah tenang kat tempat baru ni, barulah pak ujda terjumpa balik kata
laluannye...di samping , ambil mase nak sesuaikan diri dengan suasana tempat
baru, "immediate boss" baru, staff pun baru.
Tapi pak uda berpindah berdua je (dengan moto), family masih di tempat lama. Bukannya ape, keje pak uda ni tak boleh nak pasti sangat, nanti kalau family ikut pindah takut pak uda kena transfer lagi ke tempat lain pula, lagi kacau.
Ini;ah tempat kerja baru pak uda.
Di bawah ni pula gambar opis pak uda.
Motor? Masih motor yang sama, vulcan 800 classic, dan awal - awal lagi pak uda dah bawa pindah bersama. Mana boleh tinggal, takut tak berjaga nanti..ye lah takkan mak uda nak jaga motor, sape nak jaga anak yang tiga orang kecil – kecil lagi tu.
Istimewanya tempat baru ni, motor pak uda guard jaga, sebab pak uda park kat opis, balik keje bawa kereta.
Tempat baru..motor masih sama.
Tempat baru..motor masih sama.
Tapi….kat tempat
baru ni susah nak jumpa geng.. rasenye minggu ke tiga baru nampak sebiji motor
semacam pak uda yang melintas. Toke kedai makan
kat Sungai Siput ni cakap ada dalam enam biji moto macam pak uda ni kat
sini. Tapi setakat ni baru nampak tiga biji dan satu darinye tak dapat
dipastikan ‘species’nya, almaklumlah, moto jenis pak uda ni selalu
di’custom’kan sehingga kekadang tu sukar juga nak menebak susur galur
keturunannya. Tapi banyak kelebihannya bila berlaku kekurangan easy rider di
sini, bayangkan, kalau sesekali sesekala pak uda bawa balik motor ke rumah
sewa, waa…tau jela..benda jarang ade…memang pecah le cermin dua tiga buah rumah
berhampiran dek dentuman ekzosnye.
Bagaimanapun pada suatu hari Jumaat, sayidul ayyam, selepas dua bulan lebih pak uda bermastautin di Sungai Siput, tiba – tiba pak uda dapat panggilan telefon dari seseorang.
“Assalamualaikum”.
“
Waalaikumussalam”.
“Ini Encik
Shafie dari Bahagian Narkotik IPD Sungai Siput, encik ada di mana?”
Terkejut pak
uda, narkotik apa? Tiga belas tahun lepas ade la pak uda terlibat dengan benda
– benda tu, itupun sekadar menonton, tanpa pak uda sedari, kawan – kawan kliang
dulu dok hisap ganja. Takkan itu jadi kesalahan kot, dah le lama, tengok je plak tu, bukan pak uda hisap pun… Rupanya itu ‘call’
dari pemilik Vulcan 800 classic. Kebetulannya encik Shafie ni pak uda pernah jumpa
sekali di kedai Ari (Mahang) dua tahun lepas. Beliau cakap beliau kenal moto
pak uda. Tak tau le betul- betul kenal ke…..tapi pak uda memang kenal betul
motor bro Shafie ni, sebab die punye ‘flat black’ yang ibarat retak menanti belah
itu memang sangat ‘special’.
Perbualan telefon tu ditamatkan dengan janji untuk berjumpa…bro Shafie akan datang ke opis pak uda minggu berikutnya. Tiba masa dijanjikan, bro Shafie pun datang ke opis dan selepas bercerita lebih kurang, kami janji akan ride ke Ipoh (dekat je). Malam tu kami ride..tak sampai Ipoh pun, sampai Klebang je, kat sana seorang lagi pemilik Vulcan 800 classic dah sampai lebih awal. Jadinye bertigalah kami malam tu. Motor pun jenis sama, kaler pun sama – sama ‘flat black ‘. Lepak kat Mc D lebih kurang sejam, kami ride balik.
Ohhh…rupenye dekat – dekat Ipoh ni ade nama tempat Klebang ye..macam kat Melaka pulak. Pak uda ni nama je orang Perak, banyak sangat yang pak uda tak tahu tentang Perak. Yang pak uda tahu selama ni, Selama.
Setakat pak uda menetap di Sungai Siput ni, agak berteraburlah juga jadual hidup pak uda. Motor pun tak jalan jauh dah. Motor tinggal kat opis, balik rumah naik kereta. Pagi – pagi sampai opis, lepas jengok apa berita dan cerita terbaru, pak uda start motor pi breakfast, kalau gian sangat, petang sekali lagi naik motor cari minum petang. Lama – lama bateri motor pun tak sempat nak recharged. Hujung minggu pak uda balik Kulim, kalau boleh tiap hujung minggu nak balik ngan motor, tapi setakat ni nampaknya baru tiga kali je pak uda berjaya balik dengan motor. Yang lain – lain tu terpaksa balik dengan rasa kecewa memandu kereta kerana macam – macam perkara. Kadang - kadang nak bawa balik barang, kadang – kala kereta mak uda rosak, kadang – kali kena balik terus ke Pantai Remis. Hujung minggu ni pak uda dah bertekad akan balik dengan motor, harap – harap jadilah tekad pak uda tu.
Hingga jumpa lagi..au revoir.....addio...adeus....despedida.
No comments:
Post a Comment