ada apa pada pak uda

dok ujung katil dok pikiaq

Wednesday, 27 February 2013

every day is a good day for a ride


Salam.
Selamat pagi..sobahul khoir…guten morgen…magandang umaga..
Harap bro – bro sume berada dalam kesihatan yang baik.
Tajuk kali ini..every day is a good day for a ride…

Sungguh, pak uda dah try..kelmarin, dari Kulim sampai Sungai Siput, dalam hujan lebat.
Bertolak (sebenarnya tak tolak pun) dari kulim pukul 3.15pm..hujan tak berapa lebat, masuk je highway Bandar Baharu hujan lebat selebatnye sampai Sungai Siput. Jari – jari tangan dah kebas dek kesejukan, tapi perjalanan diteruskan dengan penuh ketabahan, akhirnya pak uda sampai dengan selamat..Alhamdulillah..ternyata memang benar..every day is a good day for a ride..nak dengan tidak je yang jadi penentu.

Bagaimanapun,  pak uda mengulangi pesan yang selalu kita dengar atau baca, kenderaan mestilah dalam keadaan baik…lampu besar, lampu isyarat, kalau ada lampu tambahan..mesti berfungsi. Jangan lampu isyarat berfungsi tapi tangan pulak tak reti reti nak guna. Pas tu.. tayar  pun tak boleh dah licin macam pak uda selalu amal tu (pak uda dah insaf..akan tukar tayar bile je patut), pakaian juga kenalah yang sesuai untuk perjalanan jauh…helmet juga. Kalaulah pak uda pakai helmet ‘steng’..rasenye dah berlubang muka pak uda dek air hujan yang kasar tu.
Bab pakaian ni, termasuk kasut..pak uda teringat bro kita yang pakai virago oren tu..ade ke pakai selipar..motor mampu beli..pak uda sanggup lancarkan derma ikhlas kalau dah tak mampu sangat nak beli kasut yang sesuai. Jangan jadikan alasan takut kasut basah..kalau tak nak basah camne nak ride.
Bagi pak uda le..tak kira easy rider ke ..sportbike..naked...muscle bike ke…hatta cbr 700 macam pak uda punye dibawah ni pun…keselamatan dan undang – undang tak boleh kompromi oi. Jangan lupa baca do'a menaiki kenderaan ye. Ok, on the bike...




              Inilah dia cbr 700r yang pak uda dapatkan setahun yang lepas dengan rege rm100000.00

Kita ride jauh ni (walau tak jauh sangat pun)..tak sama macam keluar minum ngan kawan kawan, masih dalam kariah kita. Itupun pak uda dah tetapkan (untuk diri sendiri le)..kasut mesti pakai, jaket..walaupun tak zip..sebab dekat….helmet…mesti ikat walaupun “steng’ sekali lagi sebab dekat ….seluar..mesti panjang (untuk keselamatan selain dari menutup aurat)..dan..sesuatu yang boleh selamatkan wallet dan h/phone dari kebasahan.

Kekuatan fizikal dan mental pula tidak boleh dibelakangkan. Kalau tidak "every day is a good day for a ride" tidak dapat direalisasikan, ye tak? Bayangkanlah berjam - jam atas motor dalam hujan lebat, jari tangan kebas, jari kaki juga kebas (sebab air dah bertakung dalam boots..jaket dah berganda beratnye, begitu juga jeans.. Jadi di sini pak uda rasa, pak uda sendiri dan bro bro kena maintain kesihatan. Bukan setakat maintain berat dan penampilan je...senaman tak boleh tinggal, rasanye itu yang paling penting bro. Marilah kita sama - sama berusaha menjadikan senaman sebagai satu kemestian, paling tidak di hujung minggu. Jangan lepas exercise kita balas dendam dengan menjamu selera sekenyang - kenyangnye pulak. Pak uda rasa dengan cara ini kita boleh menjadikan "every day and night is a good time for a ride", camne..? Kalau setuju bunyikan horn...

Itu dari pihak rider..dalam kawalan, yang diluar kawalan entahlah.. Kelmarin, dah le hujan lebat, ada pulak lori yang lampunya macam tak bayar bil, dah dekat sangat baru nampak. Inilah realiti di Malaysia, kompeni beli lori besor2, tapi bab maintain tak, yang malang..pengguna jalanraya dan lebuhraya yang berkenderaan kecil. 

Lainlah kalau ada suzuki M109R cam kat bawat ni... dah dekat nak sama besar ngan lori kalau pun tak sama besar ngan rumah...tak basah ni kalau tak hujan.




Cerita je bosan gak.. jadi pak uda selitkan sekeping gambar sebuah motosikal cub antik yang pejabat pak uda pinjam dari cawangan Bukit Mertajam sempena satu karnival apetah di Kulim Mall tidak lama dulu. Pinjam atas jasa cikgu Jamal ni.




Berikut ni pula pak uda sajikan (macam makan lak..main saji saji)..sekeping lagi gambar perhimpunan motor cub klasik/antik yang berkunjung ke pejabat pak uda di Kulim tahun lepas..terima kasih along klasik Sungai Ular and the gang. perhimpunan ini atas jemputan pejabat pak uda in conjunction  with "program bersama masyarakat setempat". Encik Rahman Darat juga yang untung..orang pertama gunting rambut percuma..dapat lucky draw lagi..





Lian kali pak uda selitkan gambar geng easy rider ka tempat pak uda pulak.Pak uda minta diri dulu noo...

jaga diri hiasi peribadi...jangan ride laju sangat..bukan boleh dapat title cam pos laju (lajukah pos laju??)..

Wassalam..


No comments:

Post a Comment